Friday, January 18, 2013

Azam 2013 Impian dan Harapan

Tahun 2013 Menjelang kembali
Walaupon da smpai pertengahan tapi masih terasa tahun baru
.

Bila berbicara mengenai tahun baru 
pasti dikaitkan dgn azam...
Ya tahun baru selalu menjadi penanda aras pengukur diri
.
.
Menjejaki ke alam pekerjaan menyebabkan banyak perkara telah berubah
pemikiran, pandangan, dan juga penilaian terhadap kehidupan
.
Jika dahulu 1001 impian disenarai walaupon nk mncapai 10 % pun belum tentu
Jika dahulu azam setiap tahun pasti ada part nak kurus
Tapi bila melalui peritnya sakit, baru merasa kurus itu hanya bonus
Impian untuk hidup sihat mula menjadi matlamat
.
Jika dahulu senarai banyak barang untuk didapatkan
Kini hanya mahu menjadi insan yang lebih bersyukur..
Kerana harta material pasti walau digali sedalam mana tetap tidak pernah cukup
.
.
Namun apa yg sama impian dan harapan ini ditampal sentiasa
supaya menjadi peringatan dan pesanan dikala hidup xsecerah disangka
kehidupan dikota metropolitan cabarannya bkn hanya angan-angan
persaingan, budaya kerja yg kompetatif
Menjadikan diri lebih dewasa
mula mengenal warna manusia
.
.
Kepada-Nya dipanjatkan kesyukuran dan dipohon perlindungan
Semoga tidak tergoda dengan pancaroba dunia.

No comments: